hidup ini terlalu panjang sehingga aku tak pernah tergambar pengakhirannya. Sekalipun ku cuba memulakan hidup ini seperti baru, tapi aku gagal. Bayang-bayang silam masih terus menghantuiku. Kegagalan masa lalu biarpun memberi banyak pengajaran kepadaku tapi ianya mungkin akan berulang. Kegagalan itu datangnya dari pantulan dosa-dosaku. Angan-angan kosong yang tak mungkin akan jadi kenyataan terus mengejarku. Angan-angan untuk hidup senang dan untuk hidup bersamanya. Segalannya adalah angan-angan atau lebih diketahi sebagai impianku. Adakah impian itu akan jadi kenyataan?? Aku nak terbang tinggi tapi macam ada sesuatu yang menghalang aku. Apa?? Keyakinan diri. Aku nak jadi orang yang berjaya, disayangi, dihormati, yang palaing penting aku nak buat mak dan abh aku gembira dengan aku. Aku sedar bahawa ramai saudaraku yang tak suka dengan keluarga kami. Ye la, sapa suka denagan orang yang miskin tambah pula denagan keadaan yang porak peranda. Aku nak jadi manusia yang berbakti kepada agama,masyarakat,keluarga dan negara. Aku nak jadi isteri yang solehah buat dia.
aku mesti terbang tinggi kalau aku nak hidup dengan dia. Diantara kami ada berjuta-juta halangan yang terpaksa ku tempuhi. # tahun bukan suatu tempoh yg singkat. Dalam 3 tahun tu banyak benda yang bakal berlaku. Aku takut kehilangannya. Aku dah biasa hidup dengan adanya dia dalam hatiku dan aku nak dia sentiasa ada di situ, jangan berganjak. Sekarang dia tambah lagi saru jurang antara kami.
dia nak pergi jauh, tinggalkan aku sendiri kat sini. Dalam masa yang singkat ni pun dia macam xmau layan aku, bila dah pergi lagi la..Aku takut dia lupakan aku, takut dia kahwin dengan orang lain yang pasti aku tak mahu kehilangan dia. Semoga Allah berikan dia untukku. Aku mohon.
Aku ada impian yang besar, ada cita-cita yang tinggi. Mampukah aku???
No comments:
Post a Comment