dah lama aku tak update blog ni... blog ini umpama diari hidup aku, biarlah aku saja yang tahu apa yang terkandung dlm ni, siapa `dia` yang aku selalu maksudkan. In Shaa Allah, suatu hari nanti aku akan ceritakan juga siapa dia.
Pengakhiran? atau pertengahan? kisah cinta terlalu rumit, orang lain susah untuk memahaminya. Aku terlalu rindukan diA, tapi hati aku berbelah bagi. siapa dia? wujud atau tidak?
kalau dulu aku sanggup terima apa yang dia buat pada aku, tapi sekarang aku tertanya-tanya, sampai bila aku boleh bertahan? aku pun manusia, ada hati dan perasaan. kalau dia permainkan aku, teruskan. aku tak akan marah, sebab aku sayangkan dia. Di awal perkenalan kami, aku fikir dialah lelaki yang mampu menjaga aku, yang akan sayang aku seumur hidup dia, tapi kenapa sekarang aku rasa macam tawar hati je? aku tau aku bukan perempuan yang baik, yang solehah tapi aku pun punya keinginan untuk jadi baik. Aku nak masuk Syurga !
Impian aku nak masuk Syurga dengan dia, tapi dia selalu ajak aku buat dosa. Aku benci !
dia seolah-olah permainkan aku sahaja. Sekarang aku cuba untuk jauhkan diri dari dia, walaupun susah, aku harus cuba. Jika dia ditulis untuk jadi milik aku, suatu hari nanti dia akan datang pada aku. Aku akan cuba untuk berterus terang pada dia. Kalau dia tinggalkan aku, aku redha. Aku pasti Allah akan bagi lelaki yang baik untuk aku :)